Rasuah sektor swasta, awam berkembang apabila birokrasi melampau dan tiada ketelusan – Azam Baki

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ketelusan perlu diterapkan dalam kitaran perolehan yang melibatkan proses penilaian bekalan, peruntukan belanjawan, tawaran dan tender terbuka, pelaksanaan kontrak serta pengauditan dalam usaha untuk mencegah rasuah.

-Advertisement-

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, aktiviti gelap antara sektor swasta dan pegawai awam yang korup mampu berkembang dalam keadaan birokrasi yang melampau dan ketiadaan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan.

“Jenayah kewangan masih berleluasa dan menyumbang kepada aktiviti haram yang berterusan seperti isu alam sekitar serta ketirisan dalam perolehan kerajaan untuk pembangunan negara.

-Advertisement-

“Jenayah kewangan dan rasuah boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, pembangunan ekonomi yang stabil, kelestarian alam sekitar, promosi tenaga boleh diperbaharui, usaha mencegah perubahan iklim dan matlamat mampan untuk menamatkan kebuluran dan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Ucaptama Persidangan Antarabangsa bertajuk Kriminologi Kewangan: “Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Menerusi Ketelusan Kewangan yang berlangsung di Universiti Cambridge, United Kingdom, pada 25 hingga 27 Ogos lalu.–Astro Awani