WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25703) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit dibuka lebih rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit dibuka lebih rendah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan penyusutan harga minyak serta pengukuhan dolar susulan permintaan ketara terhadap penjualan bon 20 tahun Perbendaharaan AS bernilai AS$27 bilion.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.2370/2395 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2390 yang dicatatkan pada Rabu.

Seorang penganalisis berkata, sekatan pergerakan di beberapa pelabuhan paling sibuk dunia di China akibat penularan terbaharu COVID-19, turut menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan terhadap pasaran minyak dan gas.

Pada pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berkurangan 1.45 peratus kepada AS$67.33 setong.

Beliau berkata, kalangan pelabur juga masih berhati-hati sementara menunggu perkembangan lanjut mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu pada minggu ini.

Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadual diadakan di Istana Negara pada Jumaat dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusan pilihan Perdana Menteri oleh 220 ahli Dewan Rakyat.

-Advertisement-

Dalam pada itu, ringgit dibuka mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1102/1122 daripada 3.1142/1176 pada akhir Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.8525/8548 daripada 3.8619/8659, sebelum ini.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8191/8225 daripada 5.8223/8278 dan naik berbanding euro kepada 4.9522/9551 daripada 4.9617/9664, sebelum ini.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC