WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32314) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 28 Okt 2022 (The Capital Post): Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur terus menyokong dolar AS.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7250 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7155/7185.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS berkembang sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2022, kategori bagi barangan tahan lama teras untuk bulan September mencapai -0.5 peratus, di bawah jangkaan 0.2 peratus.

Sementara itu, Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedahnya lagi sebanyak 75 mata asas kepada 1.5 peratus, kadar tertinggi sejak 2009.

Di dalam negara, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

-Advertisement-

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4558/4593 daripada 5.4516/4551 pada penutup Khamis, lemah berbanding dolar Singapura pada 3.3494/3520 berbanding 3.3448/3472 semalam dan turun berbanding yen Jepun pada 3.2208/2231 daripada 3.2194/2219 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding euro pada 4.7064/7094 daripada 4.7334/7364 pada Khamis.

– Bernama -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC