Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 Nov 2022 (The Capital Post): Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila permintaan terhadap dolar AS semakin lemah dalam dagangan yang tipis, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.7330/7350 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7385 penutup Selasa.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata indeks dolar AS yang lebih rendah disebabkan oleh pasaran yang kini mula menetapkan harga pada kadar faedah tertinggi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di sebalik keputusan pilihan raya separuh penggal AS.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dari sudut teknikal, memandangkan dolar AS telah mendapat begitu banyak asas sejak beberapa bulan lalu, ia kini telah mula memasuki zon rintangan pada carta harian dan pergerakan menurun dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

“Tahap seterusnya yang boleh bertindak sebagai sokongan pada carta harian ialah pada 4.7100 dan 4.6500,” kata Diniz.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

-Advertisement-

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3807/3824 daripada 3.3744/3781 pada hari Selasa dan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.2467/2483 daripada 3.2371/2404 sebelumnya.

Nilai mata wang tempatan turut rendah berbanding euro kepada 4.7623/7644 daripada 4.7345/7390 pada penutup semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4557/4580 daripada 5.4389/4441.

– Bernama -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279