Ringgit terjejas penurunan harga minyak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan sentimen bercampur-campur selain penyusutan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4450/4495 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 pada akhir urus niaga Khamis.

Menurut penganalisis, kebimbangan mengenai inflasi serta prospek pertumbuhan global dan dasar kewangan dolar AS yang lebih ketat juga dijangka tidak menyokong pengukuhan ringgit dalam masa terdekat.

Malah, sebarang kenaikan kadar faedah AS akan memberi tekanan ke atas ringgit.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

-Advertisement-

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2441/2478 daripada 3.2456/2469 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4162/4217 daripada 5.4307/4326.

Unit tempatan itu juga naik berbanding yen Jepun kepada 3.3351/3387 daripada 3.3516/3529 pada Khamis dan meningkat berbanding euro pada 4.5846/5892 daripada 4.5934/5949, semalam.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279