RM800 juta tangani isu bekalan air Kelantan, Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta untuk penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di Kelantan dan Sabah.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, ia adalah komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memastikan penduduk di Kelantan dan Sabah mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir khususnya di empat negeri merangkumi Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.

“Setakat 2022, 97 peratus penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat, namun sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.

“Kerajaan Perpaduan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini.

-Advertisement-

“Selain itu, kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir, seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir.

“Kerajaan ini berikrar memastikan semua rakyat menikmati akses yang universal dari segi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik. Rakyat di kawasan desa wajar punyai perkhidmatan asas bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373