WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29425) ORDER BY meta_id ASC

'Saya jaga JDT selama-lamanya' » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

‘Saya jaga JDT selama-lamanya’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau akan ‘menjaga’ kelab itu buat selama-lamanya.

-Advertisement-

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu beliau meneruskan tanggungjawab menguruskan Harimau Selatan.

Tunku Ismail menjelaskan keputusan untuk meninggalkan tugas di JDT sebelum ini kerana beliau sudah letih selepas 10 tahun bekerja keras membangunkan kelab itu.

“Saya sudah 10 tahun dalam bola, jadi saya agak penat juga kerana saya banyak keluarkan duit saya sendiri. Benda ini satu hari nanti adalah untuk anak saya.

“Apabila berkenaan COVID-19 dan ekonomi yang ada sekarang, kadang-kadang penaja tarik balik tajaan, terpaksa saya yang tambah. Contoh duit bonus 100 peratus saya yang tanggung, duit penaja hanya gaji, penyelenggaraan stadium dan sebagainya.

“Jadi saya letih juga sebab saya pun manusia, 10 tahun saya ingat OK, saya nak berehat sedikit. Tapi saya menjunjung titah Tuanku di mana Baginda suruh saya jadi KSM, kerja sampai mati. Bermakna sampai bila-bila saya ada dalam kelab bola sepak JDT.

-Advertisement-

“Baginda bertitah kepada saya di mana Baginda berkata, JDT itu adalah awak, awak itu adalah JDT. Awak tak boleh tinggalkan JDT, awak yang melahirkan JDT. Macam mana atuk moyang kita melahirkan negeri Johor, macam itu juga awak dengan JDT.

“Jadi saya terpaksa jaga negeri Johor dan juga terpaksa jaga JDT ini untuk selama-lamanya,” jelas Tunku Ismail pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab JDT.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards ketika itu mengesahkan Tunku Ismail masih kekal selaku pemilik kelab berkenaan.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC