Sean rehat susulan cedera di rusuk kiri

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa melupakan seketika khidmat penyerang Sean Eugene Selvaraj dalam saingan Liga Super selepas dia mengalami kecederaan rusuk bulan lalu.

-Advertisement-

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami retak di rusuk kiri selepas disiku pemain Kuching City pada aksi di gelanggang lawan, 4 Jun lalu.

“Saya tidak dapat membantu pasukan buat sementara waktu selepas mengalami retak di bahagian rusuk kiri ketika menentang Kuching City, awal bulan lalu.

“Walaupun kecederaan itu semakin beransur pulih namun saya belum boleh diturunkan dalam perlawanan liga buat masa ini.

“Saya rasa mungkin dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi boleh pulih sepenuhnya sekali gus berpeluang untuk kembali beraksi,” katanya di sini hari ini.

-Advertisement-

Menurut Sean, ketika ini dia hanya menjalani latihan ringan khususnya di gimnasium bagi mengekalkan tahap kecergasan.

Dia berharap dapat segera beraksi kerana hingga kini belum menjaringkan sebarang gol malah hanya dapat beraksi sekitar 180 minit permainan daripada keseluruhan 15 perlawanan liga setakat ini.

“Memang rasa kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan. Saya harap proses pemulihan ini berjalan dengan baik,” kata pemain kelahiran Port Dickson itu.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373