WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25805) ORDER BY meta_id ASC

Sejam di pejabat sebelum lawat kawasan banjir di Kedah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sejam di pejabat sebelum lawat kawasan banjir di Kedah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hanya sempat meluangkan masa di pejabatnya kira-kira satu jam sebelum keluar dari Bangunan Perdana Putra, 9.20 pagi.

-Advertisement-

Beliau juga sempat menyapa pengamal media yang menunggu di pintu masuk protokol dan memberitahu akan ke Kedah bagi meninjau keadaan kawasan terjejas banjir susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku Rabu lalu.

“Ya, saya akan ke Kedah,” katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya di beberapa lokasi sekitar daerah Yan, Kedah bagi meninjau kawasan terjejas banjir susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai, Rabu lalu.

Perdana Menteri turut dijadual menziarahi beberapa keluarga serta mangsa yang terjejas dengan bencana banjir itu dan antara lokasi yang akan dilawati termasuk Jambatan Tupah dan Taman Lembah Merbok.

Ahli Parlimen Bera itu akan meluangkan masa sehari di Kedah sebelum dijadual pulang pada sebelah petang.

-Advertisement-

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di pekarangan Bangunan Perdana Putra jam 8.23 pagi.

Ketibaan Ismail Sabri di bangunan berkenaan disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan memulakan tugasnya pagi ini dengan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 5.

Beliau kemudiannya menandatangani Buku Selamat Datang diikuti bacaan doa.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC