WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25257) ORDER BY meta_id ASC

Sektor ekonomi perlu dibuka dengan SOP ketat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sektor ekonomi perlu dibuka dengan SOP ketat

Estimate Reading Time: 2 minutes

MENURUT Jabatan Perangkaan Malaysia, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang 38.9 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu. PKS juga menggaji 7.3 juta pekerja dan menyumbang 48.4 peratus kepada guna tenaga kerja di negara ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun sejak 18 Mac tahun lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan di seluruh negara disebabkan Malaysia seperti negara lain dilanda wabak COVID-19.

Satu demi satu perniagaan mula tumbang, antara paling cepat terkesan dan paling lambat bangkit ialah perniagaan berkaitan sektor pelancongan dan penerbangan.

Malah syarikat gergasi tidak terkecuali gulung tikar hingga menyebabkan ramai hilang pendapatan. Kesannya, jumlah golongan M40 menurun dan B40 naik mendadak.

Justeru, kerajaan wajar membuka kembali sektor ekonomi dengan prosedur operasi standard (SOP) sangat ketat. Melihat suasana pandemik semasa, semua ekonomi dianggap perlu.

Sekurang-kurangnya mereka boleh bernafas kembali seperti biasa. Apabila ekonomi bertambah rancak, kerajaan akan mendapat kembali pendapatan stabil.

Bantuan bakul makanan tidak memberi impak untuk jangka panjang. Rakyat perlukan jaminan pekerjaan demi kelangsungan hidup. Pakej rangsangan seperti bantuan wang tunai mesti ditambah khususnya mereka dibuang kerja atau gaji dipotong.

Ia serampang dua mata kerana bantuan tambahan ini dapat mengurangkan kes pengangguran, manakala PKS juga dapat dibantu.

Kerajaan perlu mempercepatkan sebarang bayaran kepada syarikat berurusan dengannya. Semua jabatan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mana-mana pihak terbabit, perlu mempercepatkan bayaran.

-Advertisement-

Ada berbulan-bulan tidak dapat bayaran. Setiap bulan, PKS ada komitmen perlu dilangsaikan termasuk gaji pekerja, bayaran kepada pembekal, bil utiliti dan kos menyelenggara kenderaan pengangkutan. Apabila bayaran dipercepatkan, ia sangat membantu dalam melancarkan perjalanan PKS.

Individu masih mempunyai pendapatan stabil dan perniagaan masih rancak, disarankan untuk sama-sama membantu sektor ekonomi PKS ini. Berbelanjalah di kedai mereka dan menggunakan perkhimatan ditawarkan.

Ini secara tidak langsung kita dapat menggerakkan ekonomi kembali dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

Kerajaan juga perlu fokus terhadap mana-mana syarikat PKS berdaya maju dan berpotensi jauh untuk dikembangkan hingga dapat mengembangkan produk ke luar negara.

Selain bantuan modal kewangan, kerajaan juga boleh membantu dari segi dokumentasi (ramai usahawan terkandas kerana kurang pengalaman) dan bantuan pemasaran sesuai dengan syarikat berkenaan.

Banyak syarikat PKS kita berpotensi untuk pergi jauh. Jika tiada bantuan sewajarnya dan sokongan padu daripada masyarakat, pasti kita tidak akan berkembang jauh, sekali gus merugikan kita pada masa akan datang.

Pemuda ISMA

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC