Sidang Kemuncak KL masuk hari ketiga

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Pengagihan semula kekayaan, teknologi, jaminan makanan dan pendidikan di dunia Islam adalah antara tajuk yang dibincangkan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 di sini hari ini.

-Advertisement-

Program di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermula dengan sesi khas bagi tajuk “Kenapa Pendidikan Kunci Kepada Pembangunan Negara”

Ia diikuti dengan empat sesi pleno yang menyentuh isu-isu ‘Pengagihan semula Kekayaan – Perkongsian Kesejahteraan’, ‘Jaminan Makanan’, ‘Kemajuan Teknologi Tinggi’ dan Pemeliharaan Identiti Kebangsaan’.

-Advertisement-

Sidang Kemuncak empat hari yang disasar untuk menampilkan penyelesaian yang baharu dan boleh dilaksanakan dalam menghadapi isu-isu yang membelenggu dunia Islam itu berlangsung sehingga Sabtu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusi Sidang Kemuncak KL.- BERNAMA