WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26267) ORDER BY meta_id ASC

Sistem perlindungan sosial perlu pembaharuan segera - KWSP » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sistem perlindungan sosial perlu pembaharuan segera – KWSP

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Sistem perlindungan sosial di Malaysia memerlukan pembaharuan segera dan menyeluruh bagi memastikan rakyat mendapat perlindungan dan mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi.

-Advertisement-

Jurang perlindungan sosial di negara ini masih besar, malah dengan persekitaran mencabar dicetuskan pandemik COVID-19 menjadikan situasi berkenaan lebih meruncing.

Tambahan pula, pengeluaran caruman oleh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan pandemik untuk meneruskan kelangsungan hidup memberi tekanan kepada simpanan persaraan terutama mereka yang berpendapatan rendah, mereka yang bekerja sendiri dan juga mereka yang tidak termasuk dalam mana-mana sistem perlindungan sosial.

Berdasarkan perangkaan KWSP, secara purata, simpanan persaraan menyusut 10 peratus bagi mereka dalam kumpulan B40 dan M40 terutama susulan pengeluaran simpanan KWSP di bawah pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan baru-baru ini.

Jumlah ahli KWSP adalah kira-kira 15 juta, yang mana seramai 4.8 juta ahlinya mempunyai Akaun 1 dan 2 hampir kosong, sementara lapan juta ahli pula mempunyai Akaun 2 hampir kosong.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata sistem perlindungan sosial di Malaysia mempunyai jurang yang besar dan dari segi kecukupan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan.

Beliau berkata, punca adanya jurang yang besar itu adalah berikutan masih ramai rakyat yang tidak ada liputan perlindungan sosial dari segi pekerjaan dan pendapatan seperti suri rumah, petani, nelayan dan mereka yang bekerja sendiri, sementara dari aspek majikan pula, liputan juga masih rendah.

-Advertisement-

Justeru, katanya, bagi menangani masalah yang semakin meruncing itu, Malaysia memerlukan sistem perlindungan sosial yang meliputi pekerjaan dan pendapatan yang berbeza.

“Terdapat keperluan holistik yang perlu dilaksanakan kepada sistem sedia ada. Penambahbaikan perlu dibuat untuk memastikan rakyat Malaysia diberi perlindungan secukupnya,” katanya kepada BH dalam satu temubual secara maya baru-baru ini mengulas mengenai perlindungan sosial di negara ini.

Nurhisham berkata, dari aspek perlindungan sosial, KWSP sentiasa meninjau langkah untuk meningkatkan liputan dan kecukupan perlindungan sosial bagi memastikan ahlinya mendapat perlindungan serta kemampuan dalam memperbaiki taraf hidup mereka.

Beliau berkata, KWSP menjalin kerjasama erat dengan kerajaan untuk mendorong pelaksanaan pembaharuan perlindungan sosial di negara ini.

“Kami kekal fokus dalam memenuhi mandat untuk melindungi simpanan ahli dalam menjamin kesejahteraan masa depan mereka. Kami akan lakukan apa yang diperlukan bagi memperbaiki liputan perlindungan sosial,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC