WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24861) ORDER BY meta_id ASC

SOP perniagaan PKS, mikro diperketatkan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

SOP perniagaan PKS, mikro diperketatkan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pemilik serta pekerja sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan diwajibkan menerima vaksin COVID-19 jika perniagaan mereka dibenarkan untuk beroperasi semula.

-Advertisement-

Pemilik dan pekerja juga disyaratkan menjalani saringan mingguan selain premis perlu disanitasi jika berlaku kes jangkitan COVID-19.

Itu adalah antara syarat mandatori dan prosedur operasi standard (SOP) ketat dicadangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kepada kerajaan, hari ini.

Cadangan SOP itu diserahkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wan Junaidi berkata, ia memfokuskan kepada enam aktiviti ekonomi di bawah kategori ‘First to Close Last to Open’ (FCLO), iaitu makan dan minuman di premis, pusat beli-belah, kedai jam, rawatan kecantikan kuku serta salun kecantikan dan kedai gunting rambut.

SOP itu katanya, memerlukan panduan lengkap daripada pengendalian pelanggan, menguruskan kakitangan, waktu operasi dan penyelenggaraan premis bagi memastikan semuanya mematuhi syarat keselamatan pasca COVID-19.

“Antara cadangan SOP mandatori dicadangkan ialah, pemilik dan pekerja perlu lengkap menerima vaksinasi COVID-19 selain perlu menjalani saringan mingguan dan penutupan premis serta-merta bagi tujuan sanitasi, jika melaporkan sebarang kes SARS-CoV-2.

-Advertisement-

“Hampir separuh aktiviti perniagaan dikenal pasti dimiliki usahawan wanita yang terjejas teruk akibat pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan dilapor bersetuju secara prinsip bagi membenarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniaga kecil seluruh negara untuk kembali operasi.

Persetujuan daripada kerajaan dibuat bagi aktiviti perniagaan tidak menyumbang kes COVID-19, selain dimuktamadkan selepas mengambil kira pandangan serta kajian daripada beberapa agensi dan kementerian.

Wan Junaidi yang menyokong penuh bagi pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi, bagaimanapun mengakui terdapat keperluan bagi SOP lebih jelas demi menjamin kelangsungan operasi perniagaan.

“Hasil perbincangan bersama pemain industri mendapati, ramai menyuarakan kesediaan kembali beroperasi dengan SOP ketat, selain akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Sebenarnya, mereka (pemain industri) sangat proaktif dan bekerjasama dalam hal ini. SOP ketat disediakan MEDAC sebenarnya adalah input hasil daripada usaha sama antara kementerian dan pemain industri,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC