Suami curang, Hakim benarkan perkahwinan dibubar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang hakim menyifatkan penjelasan bapa tiga anak bahawa bekas pekerja wanita datang ke bilik hotel untuk menghantar dokumen perniagaan sebagai tidak munasabah.

-Advertisement-

Ia susulan dakwaan Sek Chia Wen, isteri kepada Chua Kok Lui, bahawa lelaki berkenaan melakukan kecurangan dalam perkahwinan dengan ada hubungan sulit.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar, membuat dapatan berkenaan selepas Chia Wen memfailkan petisyen perceraian antaranya bagi mendapatkan perintah pembubaran perkahwinan, nafkah bulanan untuk dirinya dan anak, hak penjagaan anak serta harta sepencarian.

“Meneliti dan menimbangkan kepada alasan oleh kedua-dua pihak, saya mendapati perbuatan yang dilakukan oleh responden (Kok Lui) iaitu hubungan dengan wanita berkenaan adalah punca utama kepada runtuhnya perkahwinan.

“Ini adalah suatu fitrah manusia apabila berlakunya perbuatan curang sama ada oleh suami atau isteri, perkahwinan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya dalam penghakiman bulan lalu.

-Advertisement-

Roslan membenarkan pembubaran perkahwinan itu dan mengarahkan Kok Lui membayar nafkah RM3,200 secara bulanan kepada Chia Wen.

“Hak penjagaan anak sulung kepada pempetisyen (Chia Wen), manakala anak kedua serta bongsu kepada responden. Kedua-dua pihak diberikan akses untuk melawat anak pada bila-bila masa dengan persetujuan.

“Responden juga perlu membayar nafkah untuk anak sulung sebanyak RM1,200 sebulan, manakala harta sepencarian iaitu Lot 1940, Hakmilik GM 1832, Kampung Seberang Sekil, Salor, Kelantan diberikan kepada pempetisyen secara mutlak dan didaftarkan atas namanya untuk dijadikan rumah,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373