KUALA LUMPUR 22 Mei 2026 (The Capital Post) – DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Tuanku Canselor Universiti Malaya (Universiti Malaya), berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2026 yang berlangsung di ibu negara, petang semalam.
Keberangkatan Baginda disambut oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, bersama barisan Pro-Canselor UM serta Naib Canselor universiti dalam suasana penuh istiadat dan penghormatan institusi pendidikan tertua negara itu.
Majlis berprestij kali ke-14 tersebut diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-121 penubuhan Universiti Malaya, yang terus kekal sebagai antara institusi pengajian tinggi terulung di Malaysia.
Dalam majlis itu, Baginda berkenan mengurniakan sebanyak 52 kategori anugerah kepada 64 penerima yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, kakitangan universiti serta rakan strategik industri atas pencapaian dan sumbangan masing-masing.
-Advertisement-
Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa pengiktirafan tersebut mencerminkan keupayaan bakat tempatan untuk terus bersaing di peringkat global melalui ekosistem pendidikan tinggi yang progresif dan mampan.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UM, barisan pengurusan tertinggi universiti serta para tetamu kehormat dan penerima anugerah. – The Capital Post