WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1943) ORDER BY meta_id ASC

SUNWAY Malls menang besar pada Anugerah ICSC Asia Pasifik » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

SUNWAY Malls menang besar pada Anugerah ICSC Asia Pasifik

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR- SUNWAY Malls meneruskan kecemerlangan di peringkat serantau, muncul pemenang besar pada Anugerah Majlis Pusat Beli-Belah Antarabangsa (ICSC) Asia Pasifik baru-baru ini, dengan merangkul dua anugerah bagi dua pusat beli-belahnya.

-Advertisement-

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks HC Chan berkata Sunway Pyramid memenangi anugerah emas bagi aplikasi mudah alihnya di bawah kategori Teknologi Baharu Muncul/Digital, manakala Sunway Putra Mall memenangi anugerah perak bagi inisiatif ‘’Autsome is Awesome’’ di bawah kategori Pemasaran Berkaitan Sumber.

Beliau berkata kemenangan Sunway Putra Mall itu adalah tambahan kepada satu lagi anugerah diterima bagi inisiatif sama, anugerah gangsa pada Anugerah Kecemerlangan Pemasaran oleh Advertising+Marketing Magazine berpangkalan di Singapura di bawah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat.

“Pengiktirafan baru-baru ini adalah hasil usaha kumpulan dalam mencorakkan pengalaman peribadi untuk masyarakat. Setiap daripada pusat beli-belah kami mempunyai identiti tersendiri tetapi kami semua bersatu dengan visi yang sama.

“Pusat beli-belah berkenaan mempunyai tafsiran tersendiri untuk mencipta pengalaman unik yang memberi banyak pengalaman kepada kehidupan, membolehkan Sunway Pyramid mewujudkan aplikasi mudah alih yang memaparkan navigasi dalaman sebenar Malaysia dan Sunway Putra Mall menjadi pusat beli-belah mesra autisme yang pertama di Malaysia,” kata Chan.

-Advertisement-

Dengan anugerah baharu itu, Chan berkata Sunway Malls telah memenangi sejumlah 14 anugerah pada tahun ini, dengan program Autsome anjuran Sunway Putra Mall telah memenangi tiga anugerah pada tahun ini sahaja walaupun inisiatif itu hanya dimulakan pada awal tahun ini.

ICSC ialah persatuan perdagangan global bagi industri hartanah pusat beli-belah dan runcit, yang menyokong industri itu untuk diiktiraf secara meluas bagi peranan penting dimainkannya dalam perkembangan sosial, sivik dan ekonomi masyarakat di seluruh dunia.

Sunway Malls turut menerima dua lagi anugerah Asia Pasifik pada bulan lepas, iaitu Anugerah Kepimpinan daripada Majlis Pengawasan Hutan, kumpulan pertama di Asia Pasifik dan Malaysia yang diberi pengiktirafan untuk peranan kepimpinannya dalam menyokong, mendidik dan membawa kesedaran tentang pentingnya kelestarian hutan.

Satu lagi adalah anugerah emas untuk Pengalaman Jenama Terbaik oleh CX Asia Award, pengiktirafan untuk pengalaman pelanggan cemerlang di Sunway Pyramid, dengan program sambutan Tahun Baharu Lunar Hakka, Sony PlayEverything Lounge dan Artboxyang dianjurkan pusat beli-belah itu telah meraih sejumlah lima Anugerah Acara Pemasaran pada tahun ini di Singapura.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC