WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1679) ORDER BY meta_id ASC

Sunway perkenal 'smart parking' dengan beberapa pilihan cara bayaran » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sunway perkenal ‘smart parking’ dengan beberapa pilihan cara bayaran

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA- Sunway kini memperkenalkan ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.

-Advertisement-

Pengalaman parkir tanpa bayaran tunai ini merupakan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway bagi memudahkan golongan pembeli belah, dan akan diperkenalkan kepada awam pada suku pertama 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks HC Chan memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir bila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking dan aplikasi Sunway Pyramid menerusi fon pintar.

-Advertisement-

Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital, dan Maybank QR di samping rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.

Sistem itu akan dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway.-BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC