WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1725) ORDER BY meta_id ASC

Sunway Pyramid sediakan tandas kanak-kanak, bilik susuan lebih selesa » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sunway Pyramid sediakan tandas kanak-kanak, bilik susuan lebih selesa

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA- Kanak-kanak dan ibu menyusukan bayi yang mengunjungi pusat membeli-belah Sunway Pyramid kini boleh menggunakan tandas khas untuk kanak-kanak dan bilik untuk bayi yang selesa dan menarik di aras LG1.

-Advertisement-

‘Leo’s Kids Toilet & Baby Room’ yang terletak di bahagian belakang Marry Merry di Zon Jingga, menjadi satu lagi kemudahan terbaharu di pusat membeli-belah itu bagi pengunjung yang membawa anak-anak dan bayi mereka.

Ia direka khas untuk kanak-kanak dan ibu yang menyusu dengan mengambil kira aspek kebersihan dan estetik.

“Kemudahan ini memiliki ciri-ciri khas dari segi kebersihannya, dinding dan kemudahan di dalamnya telah dinyahkuman menggunakan salutan nano oleh rakan niaga kami SmartCoat dan udara di dalamnya disegarkan dan diionkan oleh Cuckoo.

“Ia juga berwarna-warni dan cantik bagi menarik kanak-kanak. Pada masa sama ia juga dapat membantu mendidik kanak-kanak menggunakan tandas dengan betul dan berdikari,” kata Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan kepada Bernama selepas pelancaran kemudahan berkenaan di sini hari ini.

-Advertisement-

Ia percuma dan diletakkan di tingkat berkenaan bagi memudahkan kanak-kanak mengunjunginya. Kebiasaannya tandas sedemikian hanya terdapat di Jepun.

Selain SmartCoat dan Cuckoo, rakan niaga eksklusif yang turut menyediakan kemudahan di tandas berkenaan ialah Rentokill Initial, Rigel, Pigeon dan Kimberly-Clark Professional.

Sementara itu Tan berkata pelancaran kemudahan itu adalah projek rintis untuk tandas yang serupa di pusat beli belah Sunway Mall yang lain seperti Sunway Velocity, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival dan Sunway Giza Mall.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC