WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1018) ORDER BY meta_id ASC

Suspek bunuh warga emas di Ampang Jaya ditahan - Polis » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Suspek bunuh warga emas di Ampang Jaya ditahan – Polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Suspek lelaki yang dipercayai terlibat kes bunuh seorang wanita warga emas di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya pada 19 Sept lepas, ditahan polis, semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata suspek berusia 27 tahun itu yang merupakan gelandangan ditahan di sebuah apartmen di Puchong Jaya, dekat sini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua kesalahan rekod lampau bersabit kes ceroboh rumah dan dadah.

“Selain itu, suspek juga telah menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi.

Noor Azmi berkata suspek akan direman hari ini di Mahkamah Ampang Jaya bagi membantu siasatan lanjut manakala siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Advertisement-

Dalam pada itu, hasil keputusan bedah siasat ke atas mayat wanita itu yang dibuat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada 20 Sept lepas mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Pada 19 Sept lepas, seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap, kedua-dua tangan terikat dan kepalanya ditutup dengan kain di Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Ampang Jaya.

Mayat wanita warga emas itu ditemui oleh anak keduanya yang pulang dari bekerja.

– BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC