WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35775) ORDER BY meta_id ASC

Switzerland mengundi tentang eksport semula barangan ketenteraan ke Ukraine » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Switzerland mengundi tentang eksport semula barangan ketenteraan ke Ukraine

Estimate Reading Time: 2 minutes

MOSCOW: Majlis Kebangsaan Switzerland, dewan perundangan negara itu, menolak inisiatif membenarkan eksport semula barangan ketenteraan ke Ukraine, lapor Sputnik.

-Advertisement-

Ahli Parlimen menolak inisiatif yang dikenali sebagai Lex Ukrainе, dalam undian 98 berbanding 74, lapor akhbar Switzerland Le Matin pada Khamis.

Inisiatif itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Dasar Keselamatan Majlis Negara Switzerland yang mencari “pemakaian undang-undang antarabangsa yang lebih berkesan dan budi bicara yang lebih besar dalam dasar berkecuali kami.”

Penentang inisiatif dalam jawatankuasa itu berkata peranan berkecuali itu mewajibkan Switzerland supaya tidak mengambil bahagian dalam konflik, tidak membekalkan senjata kepada pihak yang berperang, dan tidak memberi keutamaan kepada mana-mana satu pihak.

Pada pertengahan Mei, Setiausaha Jawatankuasa Pierre-Yves Breuleux memberitahu Sputnik bahawa jawatankuasa itu tidak dapat mengesahkan sama ada pindaan kepada undang-undang mengenai eksport semula senjata Switzerland, yang sedang dalam pertimbangan, akan terpakai kepada Ukraine, sambil menambah bahawa pindaan itu tidak boleh diluluskan oleh parlimen sehingga musim bunga 2024.

Beliau berkata tindakan perundangan praktikal dijangka bermula pada akhir Jun. Pindaan itu tidak retroaktif pada masa ini, tetapi dokumen baharu itu menyatakan bahawa pengisytiharan bukan eksport semula akan dianggap tidak sah jika ia ditandatangani oleh negara tertentu lebih daripada lima tahun sebelum pindaan itu berkuat kuasa.

Inisiatif parlimen menetapkan bahawa negara yang membeli peralatan dari Switzerland masih perlu menandatangani perisytiharan bukan eksport semula, tetapi tempohnya boleh dihadkan kepada lima tahun.

Eksport semula hanya boleh dilakukan untuk negara destinasi yang tidak melanggar hak asasi manusia dan tidak menggunakan senjata terhadap orang awam.

-Advertisement-

Eksport semula ke negara yang sedang berperang boleh dilakukan sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau majoriti dua pertiga Perhimpunan Agung PBB membidas pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Pada Mei, Wakil Tetap Switzerland ke PBB Pascale Baeriswyl berkata eksport semula senjata Switzerland ke Ukraine mustahil dilaksanakan tanpa pindaan undang-undang.

Switzerland telah berulang kali menolak permintaan daripada Jerman, Sepanyol, dan Denmark untuk mengeksport semula peluru buatan Switzerland ke Kyiv, memetik prinsip negara berkecuali tentera.

Menurut pihak berkuasa Switzerland, Bern boleh menolak untuk mengeksport semula bahan ketenteraan jika negara terbabit terlibat dalam konflik bersenjata antarabangsa.

Switzerland telah secara berulang kali menolak permintaan dari Jerman, Sepanyol, dan Denmark untuk meneruskan eksport amunisi buatan Switzerland ke Kiev, memandangkan prinsip ketenteraan neutral negara itu. Menurut pihak berkuasa Switzerland, Bern boleh menolak untuk meneruskan eksport bahan ketenteraan jika negara penerima terlibat dalam konflik bersenjata antarabangsa.

–BERNAMA-SPUTNIK

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC