‘Syukur, urusan pengebumian dipermudah’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Ahli keluarga sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian fenomena kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman, Terengganu, Sabtu lalu, bersyukur kerana urusan pengebumian tujuh daripada mereka dapat disempurnakan.

-Advertisement-

Adik kepada Allahyarham Azizah Eiyi, Mohd Ismail, 36 berkata, segala urusan dipermuda walaupun dua lagi termasuk anak saudaranya belum ditemukan.

“Alhamdulillah, selesai urusan pengebumian dan bersyukur walaupun hanya tujuh yang dapat dikebumikan malam ini (malam tadi).

“Saya harap dua lagi dapat ditemui secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lepar Hilir 3, di sini malam tadi.

Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39 dan Azizah Eiyi, 40 serta lima anak mereka dikebumikan dalam satu liang sekitar jam 11.52 malam.

Lima anak pasangan itu ialah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

-Advertisement-

Mayat seorang lagi anak pasangan, itu, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemukan pada jam 3 petang, semalam.

Dua yang belum ditemui adalah Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Mohd Ismail kali terakhir bertemu Allahyarham Azizah yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu, Sabtu lalu dan sempat menyambut Aidiladha bersama.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373