WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33627) ORDER BY meta_id ASC

'Tak perlu mansuh STPM, sijil diiktiraf antarabangsa' » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

‘Tak perlu mansuh STPM, sijil diiktiraf antarabangsa’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

-Advertisement-

Beliau berkata, Tingkatan Enam mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan ia mesti wujud serta diteruskan.

“Kewujudannya bertujuan memastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa. STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

“Semua universiti awam (UA) di negara kita mengiktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti seluruh dunia turut mengiktiraf sijil STPM, jadi lulusan Tingkatan Enam ini boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana sahaja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel dan negara Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

-Advertisement-

Terdahulu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program Matrikulasi.

Fadhlina berkata, pendidikan Tingkatan Enam mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.

“Tingkatan Enam ini bertujuan memberi akses seluas-seluasnya kepada lepasan menengah, menerusi 643 pusat Tingkatan Enam pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.

“Malah KPM juga akan meluaskan Kolej Tingkatan Enam yang dirancang di Pahang iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, selain pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Kelantan yang sudah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.— BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC