ECRL dijangka siap ikut jadual

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU, 28 Mar 2023 (The Capital Post): Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor kini mencapai kemajuan 40.81 peratus.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata berdasarkan

kemajuan itu, projek berkenaan dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu akhir 2026.

“Bagi kerja-kerja infrastruktur untuk pembinaan jajaran ECRL di Kelantan pula berjalan dengan lancar dan mencapai kemajuan sekitar 51.94 peratus setakat ini.

“Kerja-kerja sedang giat dijalankan antaranya merangkumi pemasangan rasuk jejambat (beam launching) yang bermula dari jambatan di Jerus, Pasir Puteh dan kini menghampiri kawasan Padang Raja, Melor.

“Kerja-kerja penambakan tanah yang meliputi 16 daripada 19 lokasi keseluruhan di Kelantan sudah pun bermula, manakala proses rawatan tanah dan penanaman cerucuk bagi Stesen ECRL di Tunjong, Kota Bharu serta Stesen ECRL Pasir Puteh di Kampung Jeram juga sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar bersama ECRL di sini, malam tadi.

-Advertisement-

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, MRL menyantuni seramai 30 anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanin Sri Peraksi’ di Cherang Ruku, Pasir Puteh bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah di bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, MRL juga mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan menyempurnakan pemberian duit raya kepada anak yatim.

-BH

(The Capital Post)