WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26126) ORDER BY meta_id ASC

Teliti semula kaedah rawatan, kuarantin pesakit COVID-19 - Tun M » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Teliti semula kaedah rawatan, kuarantin pesakit COVID-19 – Tun M

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) diminta meneliti semula kaedah rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 sekarang terutama membabitkan pesakit kategori 3.

-Advertisement-

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perlu diwujudkan hospital sementara bagi menampung pesakit kategori 3 meskipun mereka dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Beliau berkata, kategori 3 menunjukkan tanda paru-paru pesakit dijangkiti, sekali gus memerlukan mereka kuarantin di hospital berbanding di rumah kerana fasiliti kesihatan itu dilengkapi alat bantuan pernafasan.

“Amalan sekarang ialah (pesakit) yang teruk, yang sudah memerlukan oksigen dan menggunakan alatan untuk diberi oksigen dengan tekanan tinggi sahaja yang dimasukkan ke hospital, iaitu kategori 4 dan 5.

“Kategori 1, 2 dan 3 diarah kuarantin di rumah yang tidak ada perawat atau oksigen. Kategori 3 yang sudah pun menunjuk paru-paru terjangkit, apabila menjadi lebih teruk, tidak dapat apa-apa rawatan di rumah.

“Keluarga di rumah tidak dapat tolong kerana tidak boleh dekat dengan pesakit. Doktor tidak dapat dipanggil, pesakit jadi lebih teruk, oksigen tidak ada di rumah dan akhirnya pesakit meninggal dunia.

“Saya percaya kumpulan kategori ketiga ini boleh diselamatkan, mereka tidak begitu ramai. Hospital sementara boleh diadakan, hospital ini hanya dibekal oksigen dan disediakan beberapa doktor dan jururawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Mencadangkan hospital sementara dibuka kerana bimbang melihat jumlah kematian berkaitan COVID-19 yang meningkat secara mendadak apabila saban hari purata 400 orang meninggal dunia, Dr Mahathir berkata,adalah tidak mungkin semua pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Sehubungan itu, katanya, selain hospital lapangan, KKM boleh menggunakan kemudahan seperti dewan atau bangunan lain ditukar menjadi hospital sementara.

“Lebih 1,000 pesakit kategori 3 boleh dikuarantin di hospital sementara, pihak tentera boleh bina hospital ala ‘field hospital’ (hospital medan). Dewan-dewan di hotel dan bangunan lain boleh dilengkapkan dengan katil, oksigen dan doktor serta jururawat.

“Apabila dikesan pesakit sudah jadi lebih serius, doktor dan jururawat boleh beri oksigen. Jika kurang respon, pesakit boleh dipindah ke hospital biasa. Lawatan oleh satu pasukan doktor dan jururawat perlu diadakan kepada kategori 1 dan 2 yang dikuarantin di rumah.

“Dengan itu, jika ada pesakit yang menjadi lebih teruk, oksigen boleh diberi. Dalam kes yang serius, mereka boleh dipindahkan ke hospital atau hospital sementara untuk pesakit kategori 3,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC