[TERKINI] Agong Terima Perletakan Jawatan Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2021 (The Capital Post) – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara sebentar tadi.

-Advertisement-

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet Khas terakhir pagi tadi bersama semua Menteri dan Timbalan Menterinya sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong. Perletakkan Jawatan Perdana Menteri ini berikutan penarikan sokongan oleh 15 orang ahli Parlimen UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Penyelaras bagi Vaksin, YB Khairy Jamaluddin turut mengesahkan perletakkan jawatan seluruh ahli kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berterima kasih kerana memberikan peluang untuk berkhidmat kepada Malaysia. Penyataan ini disiarkan di Laman Media Sosial YB Khairy sebentar tadi.

-Advertisement-

Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri ke – 8 oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Mac 2020 selepas Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong – The Capital Post