WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25548) ORDER BY meta_id ASC

Muhyiddin kembali ke rumah selepas selesai menghadap Agong » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Muhyiddin kembali ke rumah selepas selesai menghadap Agong

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di kediamannya dekat Bukit Damansara di sini, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sebentar tadi.

-Advertisement-

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire membawa beliau diiringi kenderaan pengiring dan polis memasuki kawasan kediaman itu pada jam 1.08 tengah hari tadi.

Beliau turut dilihat sempat menurunkan tingkap dan menunjukkan tanda isyarat ‘bagus’ kepada lebih 30 petugas media yang menunggu kepulangannya di Bukit Damansara.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dijangka mengadakan satu sidang media secara langsung pada jam 2 petang ini mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

-Advertisement-

Terdahulu, Muhyiddin meninggalkan kediamannya pada jam 7.42 pagi tadi, untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau dilaporkan tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas selesai mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC