Tiada Cuti Thaipusam kepada Rakyat Kedah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KEDAH, 6 Februari 2020 (The Capital Post) – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Dato Paduka Ammar Bin Dato Shaikh hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah memutuskan bahawa Hari Thaipusam pada 8 Februari 2020 tidak diisytiharkan sebagai cuti peristiwa berikutan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu di negeri tersebut.

-Advertisement-

Berikutan daripada pengumuman yang dibuat oleh pentadbiran Negeri Kedah yang mengamalkan cuti minggu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, maka hari Ahad merupakan hari kerja kepada semua rakyat kedah termasuk penganut hindu yang menunaikan niat nazar mereka sempena Thaipusam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan pengumuman ini dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman rasmi Facebook Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Thaipusam yang disambut oleh penganut yang beragama hindu bernazar untuk dewa Murugan.

Sambutan Thaipusam ini akan berlangsung di Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Selangor, Kuil Kallumalai di Ipoh Perak dan Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Kedah. Sambutan Thaipusam merupakan cuti umum di Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya & Selangor.

-Advertisement-

Sebelum ini Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pentadbiran Barisan Nasional pernah mengumumkan Sambutan Thaipusam sebagai Cuti Peristiwa bagi membolehkan penganut Hindu di Kedah untuk menunaikan nazar mereka. -The Capital Post

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada 6 Februari 2020 mengenai Perayaan Thaipusam

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373