Tidak Rasmi – Bekas MB PN Johor Sahruddin Jamal Tumbang, BN Rampas Semula Dun Bukit Kepong

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR, 11 Julai 2026 (The Capital Post) – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Kekalahan itu menyaksikan BN berjaya merampas semula kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 2022, sekali gus memberi tamparan kepada PN di kawasan yang dianggap antara kerusi tumpuan negeri.

-Advertisement-

Sahruddin, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor, sebelum ini memenangi DUN Bukit Kepong dengan majoriti 710 undi pada pilihan raya negeri 2022. Berita penuh akan menyusual -The Capital Post