WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35580) ORDER BY meta_id ASC

Tidak sangka sehebat itu - Haaland » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tidak sangka sehebat itu – Haaland

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Erling Haaland mengakui musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris, yang menyaksikan dia memecahkan rekod jaringan, adalah di luar jangkaannya.

-Advertisement-

Haaland meledak 52 gol dalam 51 penampilan untuk City – menjelang perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris di Brentford.

Selepas mengesahkan kejuaraan liga, Haaland kini meletakkan sasaran untuk meraih kejuaraan treble buat pasukan yang disertainya Borussia Dormund pada musim panas lalu.

City akan berdepan Inter Milan di Istanbul pada final Liga Juara-Juara Eropah, 10 Jun ini, seminggu selepas menentang Manchester United dalam final Piala FA dalam usaha mengulangi pencapaian seteru tetangga itu pada tahun 1999.

Penyerang Norway itu turut meraih anugerah peribadi – Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) di London semalam.

“Ia saat yang istimewa. Saya mensasarkan untuk melakukan sesuatu yang bagus, tetapi kejayaan ini adalah di luar jangkaan.

“Masih ada dua final lagi, kami perlu kekal fokus walaupun sudah memenangi Liga Perdana Inggeris.

-Advertisement-

“Saya akan cuba apa yang termampu pada final nanti dan saya harap kami memenangi kedua-duanya.

“Memang bagus diletakkan sebagai pasukan pilihan (bertemu Inter Milan) kerana ia membuktikan kami mempunyai kualiti, kami perlu mengikut cara kami dan lihat siapa yang akan menang,” kata Haaland.

Haaland mengatasi Bukayo Saka dan Martin Odegaard dari Arsenal untuk anugerah berkenaan.

Penyerang 22 tahun itu mengatasi rekod jaringan semusim terbanyak Liga Perdana dengan 36 gol, ketika membantu City meraih kejuaraan ketiga berturut-turut – dan kelima dalam enam musim.

Pemain Chelsea, Sam Kerr memenangi anugerah Pemain Terbaik Wanita, menjadikannya pemain Australia pertama merangkulnya dua musim berturut-turut.

Penyerang itu menjaringkan gol kemenangan ketika Chelsea menewaskan Manchester United dalam final Piala FA awal bulan ini. – AGENSI

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC