Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Tiga lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 20 Ogos lalu.

-Advertisement-

Mengikut kertas pertuduhan, Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, secara bersama dituduh melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa yang berusia 14 tahun 4 bulan.

Ketiga-tiga mereka memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, dekat Bukit Ibam, Muadzam Shah, antara 20 Ogos hingga 21 Ogos lalu kira-kira pukul 11.15 malam hingga 7 pagi.

Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan kesalahan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 375 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Saifuddin Abdul Rahman.

-Advertisement-

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiga-tiganya telah didakwa di Mahkamah Majistret Pekan, semalam di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh mangsa yang sama.

Mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan tiga lelaki Orang Asli, telah ditahan dipercayai terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan telah ditangkap di Bukit Ibam.

Berdasarkan laporan awal polis berkaitan kes tersebut, penemuan mayat mangsa dipercayai seorang gadis juga dari masyarakat Orang Asli Jakun, berusia 14 tahun dan tidak bersekolah.

Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan berdarah di tangan dah kepala di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan rumahnya.– Astro Awani


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279