Tiga pemain Real ditangkap kerana video seks gadis bawah umur

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Tiga pemain Real Madrid dilaporkan ditangkap semalam kerana video seks membabitkan seorang gadis bawah umur.

-Advertisement-

Ibunya dikatakan melaporkan kepada polis selepas salah seorang daripada tiga pemain itu merakam hubungan seks dengan anaknya.

Pemain itu kemudian dikatakan menghantar video itu kepada orang lain, menurut laporan laman web Sepanyol, El Confidencial.

Satu siasatan terhadap pemain Real itu yang tidak didedahkan nama mereka dipercayai sedang dijalankan.

Namun mereka digambarkan sebagai seorang pemain belia, seorang pemain pasukan simpanan dan seorang pemain “pasukan ketiga”.

-Advertisement-

Siasatan itu dilaporkan diketuai oleh pegawai Pengawal Awam di Gran Canaria.

Laporan polis itu dikatakan dibuat di Mogan, di selatan Kepulauan Canary pada 6 September lalu.

Walaupun ia tidak memberikan sebarang bukti awal untuk menyokong dakwaannya, El Confidencial mendakwa: “Sumber polis mengatakan mungkin terdapat beberapa pemain lain terbabit, termasuk pemain pasukan utama.”

Pemain yang dikatakan ditangkap itu difahamkan berada di bawah siasatan polis kerana disyaki melakukan jenayah “pendedahan maklumat sulit.”
– AGENSI
-BeritaHaritan


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373