Dua lelaki maut, motosikal ditunggang rempuh belakang lori

Estimate Reading Time: < 1 minute

SARATOK: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori di Jalan Pasar Maludam, malam tadi.

-Advertisement-

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Peng Billy berusia 27 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan (KKM) manakala rakannya, Syahzuwan Abdul Rasid, 18, disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Maludam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 8.10 malam,” katanya.

Tiba di lokasi katanya, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa terperosok di bahagian bawah lori terbabit.

-Advertisement-

Katanya, pasukan bomba menggunakan “scoop stretcher” untuk mengeluarkan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya, diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373