‘Tolak tepi politik, tindakan Jocelyn Chia wajar dikecam’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen diminta mengetepikan perbezaan politik dalam mengutuk tindakan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, yang memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

-Advertisement-

RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan Peraturan 36 Dewan Rakyat berhubung perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan bermusuh-musuhan antara kaum.

“Walaupun perkara itu tidak berlaku dalam Dewan, namun memandangkan Dewan Rakyat bersidang, saya berharap pihak-pihak di sebelah sana (pembangkang) juga akan menyokong perkara ini.

“Kita lihat satu video yang tular, membabitkan seorang pelawak Jocelyn Chia memperlekehkan negara kita dan membuat sindiran dan lawak jenaka yang mengguris hati serta menyinggung perasaan, terutama berkenaan negara kita dan kehilangan pesawat MH370,” katanya pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun menyedari Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, sudah membuat permohonan maaf bagi pihak kerajaan republik itu, Rayer berkata, perlu ada gesaan dalam meminta jaminan supaya perkara sedemikian tidak berulang.

“Saya berharap Ahli Parlimen di sebelah sana juga akan bangun bersama-sama, menggunakan kesempatan Parlimen bersidang untuk mengutuk tindakan Jocelyn Chia dan meminta beliau tidak mengulangi kenyataan berkenaan.

-Advertisement-

“Saya mohon Dewan mengambil perhatian mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau Jocelyn.

Menon dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat terkejut dengan komen menyinggung dibuat oleh Chia dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373