Tragedi kepala air: Kerajaan siasat jika ada pembalakan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menyiasat secara terperinci sama ada kawasan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman terdapat pembalakan baharu atau sebaliknya.

-Advertisement-

Difahamkan ada pembalakan di kawasan itu yang sebelum ini dikatakan sudah lama dihentikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya menolak bencana itu berlaku disebabkan pembalakan di kawasan berkenaan.

“Aktiviti pembalakan di kawasan itu sudah lama dihentikan sebelum ini. Kita juga akan menyemak semula samada kawasan berkenaan kawasan hutan simpan kekal atau tidak,” katanya di sini, hari ini.

-Advertisement-

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini pihaknya percaya kejadian itu berlaku berpunca daripada hujan lebat.

“Apabila taburan hujan lebat dalam waktu singkat tertumpu pada satu-satu kawasan, kepala air berlaku kerana semua saluran air itu melalui satu saluran sahaja, (iaitu) sungai berkenaan,” katanya.

Sehingga kini, lapan daripada 10 mangsa tragedi itu sudah ditemui dengan mayat kelapan mangsa dikenali sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui di kawasan beting jeram itu kira-kira jam 3 petang, semalam.

Usaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, masih giat dijalankan.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373