WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30552) ORDER BY meta_id ASC

TV9 sajikan perlawanan sengit Liga Super Malaysia 2022 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

TV9 sajikan perlawanan sengit Liga Super Malaysia 2022

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA: TV9 kini menyajikan aksi Liga Super Malaysia secara terus ke kaca televisyen anda.

-Advertisement-

Berada di pertengahan musim dan memasuki hari perlawanan ke-15, TV9 membawakan perlawanan antara Terengganu FC yang menerima kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu, 10 Ogos itu menyaksikan barisan pemain bintang JDT seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, serta pemain-pemain hebat Terengganu seperti Kpah Sherman, Kipré Tchétché dan Faisal Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata sebagai peminat bola sepak tempatan, beliau teruja dengan perkembangan ini yang mana TV9 akan menyiarkan kandungan sukan yang menarik dan terkini.

Tambahnya lagi, TV9 akan terus memberi ruang kepada penggemar bola sepak dan rakyat Malaysia untuk menonton sukan kegemaran mereka di TV9 sebagaimana yang dijanjikan.

Menurut pengacara serta pengulas bola sepak Liga Super Malaysia, Hanif Miswan, walaupun Liga Super Malaysia sudah berada di pertengahan musim, perasaan gembira itu masih ada apabila TV9 bakal menyiarkan perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Penyiar rasmi Liga Super Malaysia, unifi TV mengambil langkah memanjangkan hak penyiaran ini kepada TV9, demi para peminat bola sepak tempatan.

Mengulas mengenai hal ini, Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan, berkata bola sepak adalah antara sukan utama dan mendapat tempat di hati ramai peminat sukan.

-Advertisement-

Kerjasama terbaharu yang dijalinkan bersama TV9 membolehkan Liga Super Malaysia ditonton oleh lebih ramai penyokong sukan ini.

TV9 memulakan siaran Liga Super 2022 dengan perlawanan antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim pada Rabu, 10 Ogos diikuti perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Negeri Sembilan FC pada Khamis, 18 Ogos jam 8 malam.

Perlawanan sengit seterusnya yang membabitkan pasukan kegemaran anda akan diumumkan melalui media sosial TV9.

Pastikan anda memberikan sokongan padu kepada pasukan-pasukan kegemaran anda yang disiarkan di TV9.

Jangan lepaskan segala maklumat terkini mengenai perlawanan mendebarkan sepanjang Liga Super berlangsung!

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC