UiTM kekalkan kedudukan 101-200 THE Impact Rankings 2023

Estimate Reading Time: 2 minutes

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengekalkan prestasi dalam menegakkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila empat tahun berturut-turut berada di kedudukan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023.

-Advertisement-

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata berbangga di atas peningkatan markah UiTM dalam THE Impact Rankings tahun ini.

“Sebagai sebuah universiti, kami menyokong SDG dengan empat cara iaitu melalui pengajaran, penyelidikan, stewardship dan outreach.

“Justeru, prestasi kami dalam THE Impact Rankings mencerminkan inisiatif kami ke arah menyokong SDGs dan usaha kami untuk menyokong komitmen Malaysia Madani ke arah kemampanan dan kemakmuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roziah berkata, pada tahun ini, UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada tangga 101-200 daripada 1,591 kedudukan institusi di seluruh dunia dengan skor keseluruhan 85.9 berbanding 82.8 pada tahun lalu.

“Di samping itu, UiTM terus mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua tertinggi di Malaysia bersama Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang juga menduduki tangga yang sama.

“Daripada 17 SDG, UiTM menghantar data untuk lapan SDG pada tahun ini dan menyaksikan peningkatan markah bagi kebanyakan kategori berbanding prestasinya tahun lalu.

“Tahun ini, UiTM berada dalam kedudukan 50 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG, iaitu SDG17 (Partnership for the Goals), SDG5 (Gender Equality), dan SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions),” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG, iaitu SDG7 (Affordable and Clean Energy), SDG4 (Quality Education) and SDG 1 (No Poverty).

-Advertisement-

“Bagi tiga kategori teratas UiTM tahun ini, UiTM berjaya meningkatkan kedudukannya untuk SDG5 (Gender Equality) tahun ini apabila ia mencapai kedudukan ke-33 di seluruh dunia dengan lonjakan 18 tempat daripada kedudukan ke-51 tahun lalu.

– Berita Harian