WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25387) ORDER BY meta_id ASC

Wanita hamil boleh dapat vaksin tanpa temu janji » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Wanita hamil boleh dapat vaksin tanpa temu janji

Estimate Reading Time: < 1 minute

LENGGONG: Wanita hamil boleh mendapatkan vaksin di klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu menunggu temu janji menerusi aplikasi MySejahtera.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Justeru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka tidak perlu melalui temu janji

di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’,” katanya mengulas cadangan supaya wanita hamil dibenarkan ‘walk-in’ untuk vaksinasi.

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang mungkin timbul dalam kalangan ibu mengandung susulan kematian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, hari ini akibat COVID-19 ketika sarat mengandungkan anak keempat.

-Advertisement-

Difahamkan, Siti Sarah ketika hayatnya masih belum mendapatkan pelalian vaksinasi COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bagaimanapun menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara ‘walk-in’, namun mungkin hanya akan dilaksanakan selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid selesai.

Beliau yang ditemui selepas meninjau PPV Dewan Merdeka Lenggong, berkata buat masa ini, vaksinasi secara ‘walk-in’ masih ditumpukan kepada kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan golongan komorbid.

Mengulas lanjut mengenai kemudahan buat wanita hamil, Dr Noor Azmi berkata, seramai 400 daripada lebih 450 ibu mengandung di daerah Hulu Perak, sudah menerima vaksin.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC