WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35554) ORDER BY meta_id ASC

Wanita rugi RM180,000 ditipu kenalan lama » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Wanita rugi RM180,000 ditipu kenalan lama

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerugian RM180,000 selepas terpedaya dengan kenalan lamanya yang menawarkan skim pelaburan wang dan emas, tahun lalu.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata laporan polis diterima daripada wanita tempatan berusia 43 tahun itu yang mendakwa dirinya ditipu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan wang dan emas.

Beliau berkata, kejadian bermula pada Ogos 2022 apabila seorang lelaki tempatan yang juga kenalan lama mangsa menawarkan skim yang menjanjikan pulangan lima peratus pada setiap minggu atas jumlah wang tunai atau nilai emas yang dilaburkan.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu telah melaburkan wang tunai ke dalam akaun kenalannya itu, antara Ogos 2022 hingga Oktober 2022.

“Mangsa turut melaburkan barang kemas pelbagai bentuk dan sebuah kereta yang diserahkan kepada lelaki berkenaan.

“Nilai keseluruhan pelaburan dibuat mangsa dianggarkan sebanyak RM260,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, antara Ogos 2022 hingga Februari lalu, mangsa menerima beberapa kali pulangan keseluruhannya berjumlah RM80,000, namun selepas itu tiada sebarang pulangan diterima mangsa.

-Advertisement-

Katanya, mangsa mendakwa kenalan lelakinya itu memberikan pelbagai alasan sebelum terus gagal dihubungi.

“Mangsa percaya dirinya ditipu dan mengalami kerugian kira-kira RM180,000,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun,” katanya.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC