WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (805) ORDER BY meta_id ASC

Wujud suasana Bukit Jalil di London - Syed Saddiq » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Wujud suasana Bukit Jalil di London – Syed Saddiq

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru semua rakyat Malaysia khususnya yang berada di United Kingdom supaya turun memberi sokongan padu kepada skuad hoki lelaki kebangsaan dalam menjayakan misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

-Advertisement-

Beliau berharap sokongan itu akan dapat mewujudkan suasana seperti di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sekali gus menyuntik semangat barisan pemain negara dengan membuatkan mereka beraksi seolah-olah seperti di gelanggang sendiri.

“Ada ribuan rakyat Malaysia di sana..inilah masa untuk buktikan semangat kenegaraan kita dengan turun ke stadium memberikan sokongan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional di sini, hari ini.

Pada 9 Sept lepas, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memutuskan skuad Malaysian Tigers akan berdepan pasukan Great Britain dalam dua aksi ‘play-off’ kelayakan temasya itu yang dijadual berlangsung di Pusat Hoki dan Tenis Lee Valley, London, pada 2 dan 3 Nov ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menyifatkan keputusan FIH itu sebagai tindakan tidak adil serta hanya menguntungkan skuad tuan rumah.

-Advertisement-

“Saya sangat tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat FIH untuk adakan dua perlawanan di United Kingdom…dan ingat ini peluang terakhir kita untuk ke Olimpik. Sepatutnya (mereka ) sekurang-kurangnya beri kita kelebihan untuk bermain di gelanggang sendiri.

“Tapi paling penting apabila kita berdepan masalah ini sepatutnya semua rakyat Malaysia di UK dan London khususnya bersama untuk beramai-ramai turun berikan sokongan padu. Kalau FIH nak menyukarkan kita dengan cara mewujudkan ‘home ground feeling’, pastikan kita juga mendapat susana gelanggang sendiri di sana,” katanya.

Great Britain di bawah bimbingan Danny Kerry akan dibarisi pemain pasukan di ranking ketujuh dunia England, Wales (18) dan Scotland (19) sementara skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih Roelant Oltmans kini menghuni ranking ke-11 dunia.

Kali terakhir Malaysia beraksi pada temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada Sukan Olimpik Sydney 2000.– BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC