Young Tigers perlu perbaiki lagi kelemahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara melepasi halangan ‘separuh masa pertama’ dalam empat siri perlawanan persahabatan dengan kelab Western Australia, menyaksikan mereka meraih dua kemenangan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sejak Selasa lalu.

-Advertisement-

Tempoh rehat sehari dimiliki pasukan sejak meraih kemenangan kedua dengan keputusan 3-1 semalam, akan digunakan sebaiknya Young Tigers bagi menilai semula aspek kekurangan dimiliki sebelum menempuh dua baki aksi seterusnya bermula pagi esok.

“Perlawanan kedua lebih baik darpada perlawanan pertama. Bermakna mereka dapat sesuaikan diri dengan simulasi kejohanan yang akan dilalui nanti (Piala Remaja Dunia) dan sudah tentu ada peningkatan dari segi fizikal mereka.

“Kita boleh nampak mereka masih bertenaga untuk teruskan permainan dengan taktikal diterapkan dan sudah tentu ada banyak ruang yang perlu diperbaiki terutama penyudah dan menjelang Piala Dunia, kita ada banyak ruang yang nak diperbetulkan.

“Kita akan gunakan (tempoh rehat sehari) untuk menganalisa perlawanan. Rehat dari sudut fizikal tetapi mental mereka bekerja untuk melihat balik kelemahan dilakukan dan sudah tentu, kita tak nak lupakan perkara positif dan juga sebaliknya,” kata pengendali pasukan, Muhammad Amin Rahim.

-Advertisement-

Dalam perlawanan semalam, pasukan negara menang 3-1 sekali gus mengulangi keputusan sama seperti di perlawanan pertama.

“Kalau dari segi prestasi, lebih baik daripada perlawanan pertama. Boleh nampak dari segi posisi bola yang agak lebih baik terutama di tiga suku pertama. Namun di suku terakhir itu, nampak mereka sedikit menurun.

“Dari sudut peluang, ada beberapa yang kita terlepas dan kita kena tengok balik (kelemahan) dan sudah tentu area serangan itu akan diserahkan kepada yang lebih layak untuk memperbaiki sudut berkenaan.

“Penyerang kena menilai semua kesilapan dilakukan dan peluang dilepaskan… kita akan perbaikinya,” kata Amin.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373