17,105 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah kes penularan COVID-19 di negara ini kembali melebihi 17,000 dengan 17,105 kes dilaporkan hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,163,291 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan lima negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor dengan 5,836 kes, Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010).

“Negeri lain yang mencatatkan kes baharu hari ini adalah Perak dengan 967 kes, Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494) dan Terengganu (429).

-Advertisement-

“Selain itu ialah Putrajaya dengan 72 kes, diikuti Perlis (tujuh) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook, hari ini.

-BH