WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25138) ORDER BY meta_id ASC

PKP: Rantaian industri elektrik, elektrikal terjejas teruk » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PKP: Rantaian industri elektrik, elektrikal terjejas teruk

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Seluruh rantaian nilai industri elektrik dan elektronik berada dalam tempoh kritikal dan terancam berikutan penutupan berterusan aktiviti ekonomi.

-Advertisement-

Presiden Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM), Siew Choon Thye, berkata ekonomi tempatan berkemungkinan terganggu dengan terputusnya rangkaian pengedaran peralatan dan komponen elektrik serta perkhidmatan sokongan elektrik yang amat penting dalam industri kritikal dan berkeperluan.

Ini kerana, katanya, kebanyakan ahlinya yang juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) elektrikal kini bagaikan tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kehilangan mata pencarian sehingga keadaan menjadi semakin parah.

“Penutupan aktiviti ekonomi telah menjejaskan perniagaan ahli TEEAM dan ia mendedahkan risiko kepada gangguan perkhidmatan sokongan elektrik yang amat penting dalam industri kritikal dan berkeperluan di seluruh negara,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Dalam surat berkenaan, Choon Thye berkata, ahli TEEAM terhimpit kerana akur pada arahan kerajaan sehingga ramai di kalangan yang telah ‘gulung tikar’.

“Ahli kami cumalah perniagaan yang kecil dan sederhana serta tidak akan mampu membina semula perniagaan selepas ini.

“Tekanan jiwa juga dihadapi pekerja yang hilang pekerjaan selepas syarikat elektrikal ini muflis.

“Bukan sahaja tiada peluang pekerjaan selepas ini tetapi, lebih buruk lagi adalah ketidakmampuan untuk menyara keluarga dan situasi ini sedang berlaku sepanjang penutupan kedai pembekal dan servis elektrik dan tenaga,” katanya.

-Advertisement-

Justeru, katanya, TEEAM merayu merayu kepada kerajaan supaya mengetepikan pergelutan kuasa dan politik, sebaliknya menumpukan perhatian kepada PKS elektrikal yang kini berdepan kesulitan serius.

“Kami perlu bersuara untuk didengari kerana surat kami sebelum ini telah diabaikan, malah tidak diendahkan oleh kerajaan, sehingga situasi memburuk sampai ke hari ini.

“Bak kata pepatah nasi telah menjadi bubur. Sekarang bubur sahajalah yang tinggal.

“Namun, persatuan kami masih berharap agar kerajaan benar-benar mengambil tahu yang rangkaian pengedaran peralatan dan komponen-komponen elektrik serta perkhidmatan sokongan elektrik ini mustahak dalam semua ekonomi dan perusahaan kritikal,” katanya.

Dalam surat bertarikh hari ini, TEEAM turut membuat salinan kepada Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC