WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1757) ORDER BY meta_id ASC

20 maut, 473 cedera dalam tunjuk perasaan di Chile » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

20 maut, 473 cedera dalam tunjuk perasaan di Chile

Estimate Reading Time: < 1 minute

SANTIAGO- Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 473 lagi cedera dalam tunjuk perasaan di Chile yang berlangsung dari 19 hingga 27 Okt semasa perintah darurat diisytiharkan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa.

-Advertisement-

Kementerian itu berkata beratus-ratus anggota polis dan tentera turut cedera.

Pihak berkuasa mencatat sejumlah 1,227 insiden serius semasa tunjuk perasaan termasuk membakar, merompak dan merosakkan harta awam dan swasta.

Sejumlah 455 kereta polis, 49 stesen kereta api bawah tanah dan 26 bas daripada sistem pengangkutan awam dirosakkan penunjuk perasaan.

-Advertisement-

Semasa perintah berkurung, sejumlah 7,166 orang telah ditahan dan 2,037 telah dipenjarakan.

Pada Isnin, Presiden Chile Sebastian Pinera menggantikan lapan menteri sebagai tindak balas kepada tunjuk perasaan antikerajaan itu.

Demonstrasi itu dicetuskan oleh kenaikan tambang kereta api bawah tanah dan telah merebak kepada pergerakan menentang kos hidup yang tinggi di negara tersebut.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC