Angka korban kereta api terbakar di Pakistan meningkat kepada 62 orang

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW DELHI- Angka korban dalam insiden kereta api terbakar di wilayah Punjab yang terletak di timur laut Pakistan telah meningkat kepada 62 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media pada Khamis.

-Advertisement-

Mengikut laporan terdahulu, sekurang-kurangnya 40 orang maut apabila kereta api malang itu yang dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi, terbakar berhampiran Liaquatpur.

Menurut maklumat awal, kebakaran itu adalah disebabkan oleh satu letupan gas silinder yang digunakan untuk memasak makanan. Saksi mendakwa tiga gerabak musnah sepenuhnya.

-Advertisement-

Menteri Kereta Api Pakistan Sheikh Rasheed memberitahu Geo TV bahawa kebanyakan kematian adalah disebabkan percubaan orang ramai untuk terjun dari kereta api yang sedang bergerak. Siasatan berhubung insiden itu masih dijalankan dan tidak semua mangsa telah dikenal pasti.- BERNAMA