23 Lembu Korban Diserah di Kimanis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KIMANIS 25 Mei 2026 (The Capital Post) – YB Datuk Mohamad bin Alamin hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Ibadah Qurban di Kimanis, Sabah sebagai sebahagian daripada persiapan menyambut Aidiladha serta usaha memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

Program tersebut turut menjadi platform mempererat ukhuwah, memupuk budaya berkongsi rezeki serta mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, kepimpinan tempatan dan masyarakat setempat.

Sebanyak 23 ekor lembu korban disumbangkan hasil kerjasama lima agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan ANGKASA.

-Advertisement-

Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada 23 masjid dan surau terpilih di sekitar kawasan Bongawan dan Membakut bagi pelaksanaan ibadah korban, sekali gus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan menjelang sambutan Aidiladha.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg. Dato’ Adam bin Abd Ghani bersama barisan pengurusan kanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta wakil agensi berkaitan. – The Capital Post