WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26168) ORDER BY meta_id ASC

47 kanak-kanak maut akibat COVID-19 setakat ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

47 kanak-kanak maut akibat COVID-19 setakat ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 47 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di negara ini meninggal dunia akibat COVID-19 sejak tahun lalu.

-Advertisement-

Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan setakat Isnin lalu, sebanyak 41 kematian direkodkan sejak awal tahun ini, manakala enam lagi kanak-kanak meninggal dunia tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menyumbang 0.01 peratus kadar kematian daripada 310,074 kanak-kanak yang positif COVID-19 tahun ini, manakala 0.05 peratus daripada 12,620 kanak-kanak yang dijangkiti tahun lalu.

Data itu mendedahkan, seramai 81,168 bayi dan kanak-kanak bawah usia empat tahun dijangkiti COVID-19 tahun ini, sementara 3,180 lagi direkodkan sepanjang tahun lalu, selain merekodkan tiga kematian tahun lalu dan 15 lagi pada tahun ini bagi kumpulan umur sama.

Bagi kanak-kanak berusia lima dan enam tahun, seramai 32,996 orang dijangkiti COVID-19 dengan seorang daripadanya meninggal dunia dalam tempoh lapan bulan ini.

-Advertisement-

Bagi kumpulan umur sama pada tahun lalu, seramai 1,227 kanak-kanak dijangkiti namun tiada kematian direkodkan.

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, seramai 106,823 orang dijangkiti COVID-19 dengan sembilan daripadanya meninggal dunia pada tahun ini. Tahun lalu, seramai 4,071 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dengan seorang daripadanya meninggal dunia.

Bagi usia 13 hingga 17 tahun, seramai 89,087 kanak-kanak dijangkiti dengan 16 daripadanya meninggal dunia tahun ini, sementara 4,142 kanak-kanak serta dua kematian direkodkan tahun lalu.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC