SHAH ALAM – Seramai 725,000 individu meliputi 15.27 peratus direkodkan telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 di Selangor.
Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kemas kini di laman Facebook pada Rabu.
Menurut Amirudin, Selangor juga mencatatkan pemberian sebanyak 2.95 juta dos vaksin Covid-19 bagi tempoh sehingga Rabu.
“Program Vaksin Selangor (SelVAX) juga merekodkan tambahan apabila sebanyak 89,867 dos telah disuntik buat penduduk negeri ini,” katanya.
-Advertisement-
Sebelum ini, Selangor merekodkan kadar pemberian vaksin tertinggi berbanding negeri lain menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 2.3 juta dos pada Khamis lepas.
SelVAX yang menjadi pelengkap kepada pelaksanaan PICK juga turut merekodkan pemberian sebanyak 57,339 dos sehingga Rabu lepas.-SINAR HARIAN