WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24702) ORDER BY meta_id ASC

Syor tetapkan tatacara suntikan vaksin » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Syor tetapkan tatacara suntikan vaksin

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disyorkan mengeluarkan tatacara suntikan vaksinasi bagi meredakan kerisauan masyarakat yang ragu-ragu sama ada mereka menerima suntikan tulen atau tergolong dalam kategori ‘picagari kosong’.

-Advertisement-

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata apa saja kemungkinan mungkin berlaku berikutan ada orang merasai kesan sampingan seperti deman, kelesuan serta gejala lain, namun sebahagian pula adalah sebaliknya.

“Justeru bagi meredakan kerunsingan orang ramai sama ada mereka sudah menerima suntikan lengkap atau tidak, KKM perlu memberi penjelasan dan butiran terperinci bagaimana vaksin disuntik ke dalam badan.

“Jadi dengan penjelasan atau butiran itu, individu terbabit akan yakin mereka menerima dos suntikan yang diperlukan dan suntikan diberikan adalah tulen.

“Garis panduan itu sekali gus menjadi rujukan kepada orang ramai sebelum mereka tampil mendapatkan suntikan semula seperti dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Dr Adham memaklumkan KKM akan memanggil individu yang terbukti menerima suntikan ‘picagari kosong’ untuk menerima suntikan semula.

Ia susulan beberapa insiden dilaporkan yang mendakwa ada individu diberikan picagari kosong membabitkan kes di Sungai Petani, Kedah serta satu kes masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dan Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Lam Thye berkata, kecuaian dalam pemberian vaksin itu adalah perkara serius, susulan sebelum ini terdapat laporan ada individu ditahan kerana memiliki dan menjual dos vaksin kepada orang ramai.

-Advertisement-

“Walaupun Menteri Kesihatan (Dr Adham) sudah memaklumkan mereka boleh mendapatkan suntikan semula, persoalan (sekarang ialah) berapa ramai sebenarnya mereka yang tidak mendapat suntikan tulen.

“Ini berikutan ada individu yang takutkan jarum, mereka langsung tidak memerhatikan proses terbabit, bahkan ada yang tidak tahu mereka mempunyai hak untuk bertanya kepada petugas jika mahu kepastian.

“Justeru, saya bimbang jika tiada garis panduan khusus, mungkin ada orang tidak tampil ke hadapan untuk suntikan kali kedua, jadi usaha untuk imuniti kelompok sukar dicapai kerana peratusan liputan vaksin tidak berlaku.

“Lebih penting lagi, KKM perlu memastikan vaksin dijaga dengan baik, semua langkah diambil supaya vaksin tidak disalah guna, dicuri dan dijual,” katanya.

Hanya ada sesetengah juruvaksin menunjukkan bekas vaksin sebelum dan selepas, selain kebanyakan PPV melarang rakaman visual dilakukan, sekali gus membuatkan sukar untuk memastikan proses vaksinasi berlaku sempurna.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat hingga ke akar umbi dan menghukum mereka yang bertanggungjawab supaya proses vaksinasi berjalan lancar.

Media sebelum ini melaporkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memandang berat dakwaan berkenaan termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) danAngkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaaan ‘picagari kosong’.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC