9 ahli sindiket keldai akaun ditahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sembilan ahli sindiket menguruskan akaun keldai ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di sekitar ibu negara.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Brickfields bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur-unsur aktiviti mengumpul kad pengeluaran wang automatik (ATM), pengeluaran wang melalui ATM dan pemindahan dalam talian.

“Sindiket ini berperanan membekalkan maklumat perbankan dan menyediakan perbankan dalam talian bagi akaun bank yang diperoleh daripada keldai akaun sebelum ia diserahkan kepada kumpulan sindiket yang lain,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Amihizam berkata, wang hasil daripada aktiviti jenayah berkenaan akan dikeluarkan suspek untuk dihantar ke akaun lain milik sindiket melalu deposit tunai.

-Advertisement-

“Semua ahli sindiket ini menerima komisen sebanyak dua peratus daripada jumlah yang dikumpulkan. Tangkapan membabitkan lapan lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun,” katanya.

Amihizam berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas 11 telefon bimbit pelbagai jenama, kad ATM pelbagai bank (14), modem (satu), router (satu), cop syarikat (lima), kad sim (enam), senarai nama dan akaun (lapan), salinan pendaftaran syarikat (13) serta wang tunai berjumlah RM 1,649.

Katanya, semua suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

– BH

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373