Sektor perhotelan perlu manfaat AI, IOT dalam operasi harian – King Sing

Estimate Reading Time: < 1 minute

Shah Alam: Industri perhotelan digesa menyepadukan operasi harian mereka dengan teknologi lebih maju seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan analisis data raya bagi memenuhi tetamu mereka.

-Advertisement-

Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini termasuklah proses ketika beratur atau memohon sesuatu, serta mencipta pengalaman lancar yang meninggalkan kesan berkekalan kepada tetamu.

“Adalah penting buat kita untuk menangani isu-isu yang wujud dalam industri perhotelan ini lebih-lebih lagi ketika perjalanan antarabangsa telah pulih dengan pantas.

“Malah, dengan perubahan di dalam landskap pelancongan, di mana pelancong sudah tidak mahu dengan cara perjalanan lama yang perlu tergesa-gesa untuk ke tempat tarikan.

“Mereka sedang mencari pengalaman perjalanan yang lebih mendalam dan bermakna mengenai budaya, tarikan, khazanah ekologi dan masakan tempatan kita,” katanya dalam satu majlis pelancaran hotel lima bintang di sini hari ini.

-Advertisement-

King Sing berkata, hotel bukan sekadar tempat untuk tidur, sebaliknya ia menyediakan keselesaan serta kemudahan bagi membolehkan pelancong berehat daripada kesibukan jadual harian mereka.

Selain itu, katanya, tahap perkhidmatan juga membezakan hotel yang luar biasa, mewujudkan rasa kepuasan, membawa kepada ulasan dan cadangan yang positif.

“Hotel juga bertindak sebagai duta untuk negara dan bandar mereka, mempamerkan budaya serta tradisi tempatan,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373